Friday 22 December 2017

Wednesday 20 December 2017

BLENDED LEARNING


1.0   PENDAHULUAN
Blended Learning ialah pengajaran dan pembelajaran yang menggabungkan pembelajaran secara tradisional dan atas talian dengan menggunakan pelbagai alatan teknologi seperti smartphone, laptop, LCD monitor, video, internet dan lain-lain. Blended Learning : Future Learn boleh diakses di mana-mana sahaja dan bila-bila masa sahaja mengikut keperluan semasa. Pengalaman saya dalam pembelajaran Blended Learning : Future Learn Getting Started selama 5 minggu dibantu oleh 2 orang fasilitator. Selain itu, dalam course selama 5 minggu, beberapa video ditunjukkan untuk lebih pemahaman tentang apa itu Blended Learning.

2.0  PENGALAMAN

2.1  Pembelajaran atas talian
Melalui Blended Leaning : Future Learn Getting Started, saya dapat belajar secara atas talian. Saya telah dibimbing oleh dua orang fasilitator secara atas talian. Fasilitator ini bertindak untuk membimbing saya sepanjang 5 minggu kursus berjalan dengan menyediakan video supaya lebih mudah difahami. Hanya dengan menggunakan internet dan smartphone, saya boleh mengakses kursus ini walau di mana sahaja.

2.2. Bekerjasama/Individu
Pengajaran dan pembelajaran di atas talian ini boleh dijalankan secara berkumpulan mahupun secara individu dimana saya boleh berbincang, bertukar-tukar pendapat dan pengalaman dengan rakan-rakan dan peserta-peserta kursus yang lain. Perbincangan ini dijalankan secara atas talian. Peserta-peserta ini mempunyai pendidikan, kepakaran dan pengalaman yang berbeza dan menyatakan pendapat  mereka tentang kursus-kursus yang dipelajari.

2.3. Peralatan
Untuk mengikuti kursus ini,  saya hanya perlu memiliki peralatan teknologi dan akses internet. Perlatan teknologi seperti smartphone dan laptop sudah mencukupi. Kelajuan internet juga penting supaya pelajar dapat mengakses dengan cepat dan pantas.

3.0. KEKUATAN
Pengajaran dan pembelajaran Blended Learning memberi banyak faedah kepada peserta-peserta kursus, seperti;
3.1.  Satu bentuk pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknologi digital.
3.2.  Bahan pengajaran dan pembelajaran disampaikan dalam bentuk grafik, visual, animasi, video dan audio.
3.3.  Pembelajaran secara kolaboratif. Peserta-peserta kursus dapat bertukar-tukar pendapat antara satu sama lain.
3.4.  Fasilitator sebagai pemudah cara. Ini bermaksud fasilatator bertindak untuk membimbing peserta sepanjang pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya ada peserta tidak memahami sesuatu topik, mereka boleh berbincang secara atas talian. Fasilitator akan memberi maklumbalas kepada soalan peserta.
3.5.  Pengajaran dan pembelajaran boleh dilakukan pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja mengikut keperluan peserta. Tugasan boleh dilakukan secara individu mahupun secara berkumpulan.
3.6.  Isi kandungan bagi kursus Blended Learning ini lengkap dan menyeluruh dan menyentuh pelbagai aspek yang berkaitan dengan Blended Learning, selain memberikan contoh-contoh yang mudah difahami melalui video-video yang ditayangkan.

4.0. KELEMAHAN

4.1. Bahasa
Bahasa yang digunakan ialah Bahasa Inggeris dan ini menyebabkan sesetengah peserta sukar untuk memahami beberapa ayat terutama pada video-video yang ditunjukkan. Kesukaran ini menyebabkan pelajar tidak dapat mengikuti kursus secara berkesan dan bermakna. Kekangan ini diminimakan dengan menyediakan sari kata yang mudah difahami semasa fasilitator memberi penerangan.

4.2. Peralatan
Dari segi peralatan, kemudahan internet dan wifi yang sukar diakses di sesetangah kawasan terutama kawasan di kampung, pedalaman dan kawasan berbukit-bukau.  Kapasiti internet mempengaruhi kelajuan untuk mengakses laman web ini.

4.4.      Kekangan masa.
Kekangan masa terhad kepada peserta untuk mengikuti kursus ini pada masa yang ditetapkan . Peserta-peserta kursus ini mempunyai pelbagai tanggungjawab kerana kesibukan belajar, bekerja dan melakukan aktiviti-aktiviti seharian mereka.


5.0       PENAMBAHBAIKAN

Kursus ini berlangsung selama 5 minggu dimana peserta perlu mengikuti topik-topik yang disediakan pada setiap satu minggu. Kekangan masa sesetengah peserta untuk mengakses kursus pada masa yang ditetapkan mengakibatkan peserta akan terlepas dan perlu catch up semula dengan pantas. Saya mencadangkan supaya kursus selama 5 minggu ini dilanjutkan tempoh supaya peserta yang tidak sempat mengikuti semua topik akan dapat mencapai semua topik yang diberikan.

SOAL JAWAB

1.   Adakah kursus selama 5 minggu Blended Learning : Future Learn Getting Started dapat membantu anda dalam menyediakan PdPc yang berkesan?
a) Ya
b) Tidak (Jika tidak, nyatakan sebab)
____________________________________________________________________________________________________________________________________

2.     Semasa anda mengakses Blended Learning : Future Learn Getting Started selama 5 minggu,
a.     Apakah alatan digital yang anda gunakan?
b.     Dimanakah kekerapan anda mengakses?
c.     Bilakah kekerapan anda mengakses?